

.
PENGENALAN
Migrasi adalah sesuatu bentuk mobiliti dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Terdapat banyak bentuk migrasi yang berlaku dalam negeri Sabah samaada bersifat setempat iaitu migrasi dalaman dan migrasi luaran iaitu migrasi yang melibatkan pergerakan keluar masuk di Negeri Sabah khususnya. Migrasi luaran terbahagi kepada dua iaitu sah dan tidak sah. Bagi migrasi yang bersifat tidak sah, ia lebih dikenali sebagai pendatang tanpa izin (PATI).
Pendatang asing di Sabah bukanlah isu yang baharu. Pendatang asing dari Filipina dan Indonesia merupakan pendatang utama yang datang ke Sabah. Pendatang sering diklasifikasikan sebagai orang luar yang datang masuk ke negara kita tanpa dokumen yang sah. Pendatang asing telah mendatangkan ancaman keselamatan di negeri Sabah. (Wan Shawaluddin dan Ramli Dollah, 2011). dari mula pembuatan akta berkaitan pendatang tanpa izin (PATI) sehinggalah kepada proses 6M yang dijalankan, ianya masih belum sepenuhnya untuk diselesaikan. Isu ini sekiranya tidak diselesaikan secara dalam, pastinya akan merosakkan hubungan diplomatik antara negara yang terlibat.
Kedatangan PATI ini telah membawa kesan yang pelbagai dalam pembangunan negara. walaupun kedatangan mereka membawa impak yang positif dari segi pembangunan ekonomi, namun mereka juga yang menjadi punca utama berlakunya defisit wang Ringgit Malaysia. ini kerana, mereka akan mengirim wang gaji ke negara asal. hal ini akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang antara negara sekaligus membawa pada krisis ekonomi pada sistem antarabangsa.










































Links