top of page

Buku ini membicarakan tentang pendatang di Sabah dan kesan keselamatan di atas keberadan pendatang di Sabah. berikut abstrak buku tersebut:



Pendatang boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada masyarakat di sesebuah negara yang mereka datangi. Premis hujah ini adalah berdasarkan kepada kedudukan taraf ekonomi yang rendah, latar amalan budaya yang berbeza, sikap tidak mematuhi undang-undang dan sebagainya. Lantaran itu, mencuri, merompak, merogol, menculik dan membunuh sering dikaitkan dengan mereka. Tidak hairan jika kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat yang mereka datangi turut dikaitkan dengan pendatang. Perkara yang menjadi masalah ialah masyarakat tempatan yang menjadi mangsa dan sasaran tindakan jenayah. 

Perasaan tidak selamat yang dialami oleh masyarakat tempatan ini ekoran kehadiran pendatang yang dianggap oleh Btzan (1991)1 danBtzan, Weaver & De Wilde ( 1 998)2 sebagai ancaman terhadap keselamatan, sesuatu yang janggal kerana selama ini keselamatan sering dikaitkan dengan ketenteraan.

Buku ini membicarakan tentang akulturasi imigran Filipina generasi ke-1 dan ke-2 di Sabah, berikut abstrak buku tersebut:





Hubungan antara budaya telah berlaku sekiana lamanya. Ia terjadi apabila berlaku pertembungan diantara individu atau kumpulan dengan individu atau kumpulan yang lain. Hubungan antarabudaya ini boleh terjadi disebabkan penjajahan, pelarian dan perkahwinan. Ramai imigran telah meninggalkan kehidupan mereka untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara lain.

Buku ini membicarakan tentang isu keselamatan persempadanan negeri Sabah dan Tuntutan terhadap kepulauan Spratly, berikut abstrak bagi buku tersebut:

Dari segi sejarah Sabah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan negara Filipina. malahan wujud hubungan yang rapat antara penduduk Filipina dan sabah. Selepas kemerdekaan erdapat ancamana baru daripada negara Filipina iaitu isu keselamatan imigran yang mengancam keselamatan di sabah. Walaupun ini bukan melibatkan ancaman berbentuk tradisional yang melibatkan peperangan dan senjata tetapi turut juga memberi impak kepada keselamatan penduduk Sabah. Oleh itu, buku ini membicarakan kesan keselamatan oleh imigran Filipina terhadap penduduk Sabah.

buku tentang imigran

Buku ini membicarakan tentang buruh migran terutamnya daripada indonesia, berikut abstrak buku tersebut:



 Migrasi international tidak terelakkan dalam konteks dunia yang mengglobal saat ini. Persoalan migrasi international menjadi salah satu peluang utama pembangunan sekaligus tentangan bagi keberadaan negara dan keberlangsungan kohesi sosial kedepan. Data menunjukkan saat ini lebih dari 2000 juta orang hidup di luar negara kelahiran atau kebangsaan asal.

asean universities

Buku ini adalah satu buku yang menghimpunkan bahan-bahan tentang isu-isu yang terdapat di ASEAN, antaranya isu migrasi di rantau ASEAN, berikut pengenalan daripada kajian tersebut:



Migration Issues from The Philippines Perspective by Moctar I Matuan, Mindanao state Universities. 



As one of the developing countries in the ASEAN region, the Philippines view migration as a mechanism in decongesting heavily populated areas, a strategy for economic development, and a strategy to promoted areas, a strategy to promoted unity through amalgamation among its varied ethnic communities.



 



This strategy was introduced and started by its former coloniser. From 1913 to 1917, the American government in Manila was able to establish seven(7) agricultural colonies in Mindanao.

bottom of page